Hiroshima Toyo Carp
Hiroshima Toyo Carp

Hiroshima Toyo Carp

Hiroshima Toyo Carp (広島東洋カープ, Hiroshima Tōyō Kāpu) ialah pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Hiroshima. Pasukan ini bertanding di Nippon Professional Baseball (NPB). Pasukan ini telah dimiliki oleh keluarga Matsuda yang diketuai oleh Hajime Matsuda (松田元, Matsuda Hajime), seorang daripada keturunan pengasas Mazda, Jujiro Matsuda. Mazda merupakan pemegang saham terbesar (34.2%), iaitu kurang sedikit bahagian yang dimiliki oleh keluarga Matsuda (kira-kira 60%). Oleh sebab itu, Mazda tidak dikira sebagai pemilik firma. Walau bagaimanapun, hubungan syarikat itu telah ditampilkan pada nama pasukan sehingga tahun 1984, nama rasmi Mazda ialah Toyo Kogyo Co., Ltd. (東洋工業株式会社, Tōyō Kōgyō Kabushiki Gaisha). Pasukan Carp juga merupakan satu-satunya pasukan daripada 28 pasukan besbol Asia yang majoritinya dimiliki secara persendirian. Carp telah ditubuhkan setelah empat tahun peristiwa pengeboman atom Hiroshima. Kemudian, pasukan ini bangkit sebagai juara Liga Pusat seiring dengan pembinaan semula bandar Hiroshima. Maka, pasukan ini sering dirujuk sebagai "simbol kebangkitan Hiroshima selepas perang".[1]

Hiroshima Toyo Carp

Stadium Mazda Zoom-Zoom Stadium Hiroshima
Maskot Slyly
Pengurus Takahiro Arai
Tahun penubuhan 5 Disember 1949; 73 tahun yang lalu (1949-12-05)
Nama gelaran Koi (鯉, carp)
Kemunculan playoff 5 (2013, 2014, 2016, 2017, 2018)
Nama lama
  • Hiroshima Carp (1950–1967)
Warna Merah, putih
         
Pengurusan Keluarga Matsuda
Kejuaraan Japan Series 3 (1979, 1980, 1984)
Lokasi Minami-ku, Hiroshima, Hiroshima, Jepun
Nombor tidak digunakan 3, 8, 15
Liga Nippon Professional BaseballLiga Pusat (1950–kini)
Pemilikan Hajime Matsuda
Logo pasukanLencana topi
Fail:HiroshimaToyoCarpLogo.svg
Logo pasukanLencana topi
Pennant CL 9 (1975, 1979, 1980, 1984, 1986, 1991, 2016, 2017, 2018)
Stadium lama

Rujukan

WikiPedia: Hiroshima Toyo Carp https://hiroshimaforpeace.com/fukkoheiwakenkyu/vol... https://web.archive.org/web/20150903175625/http://... http://m.mlb.com/news/article/2447537/ https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&c... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Hirosh... https://www.carp.co.jp/en/ http://www.japanesebaseball.com/teams/team.jsp?Tea... https://web.archive.org/web/20090822214653/http://... https://www.wikidata.org/wiki/Q247577#identifiers https://viaf.org/viaf/254777430